Wednesday, January 6, 2016

Siapa Anina nak tentukan jatuh bangun Ds Najib


Salam sehati sejiwa sahabat2 yang dihormati,

Tertarik saya baca kenyataan yg dikeluarkan disalah satu portal berita Malaysia insider oleh Bekas Wanita UMNO Bahagian Langkawi Anina Saadudin yang mengatakan Ds Najib akan "rentung dibakar" api kemarahan rakyat dan akan tersungkur di PRU14 di Pekan, Pahang.

Ucapan daripada Anina seorang calon yang kalah bertanding semasa pemilihan lepas dan mencari perhatian "Attention Seeker" saya lihat beliau lebih kepada emosi drpd fakta. Bila isu 1MDB sebelumini memberikan kenyataan tentang penyelesaian beliau tidak boleh terima. Yang paling best bila 1MDB berjaya kurangkan jumlah hutang pun tidak boleh terima kenyataan.

Adakah beliau hanya nak keputusan yang dicipta oleh beliau sendiri tanpa mengunakan fakta?  Anina mungkin lebih suka berhujah tentang Auta daripada AUTA..Siapa beliau nak tentukan jatuh bangun Ds Najib.

Bagi saya, cukup2lah jadi alat dan meraih populariti murahan dimedia2 portal2 pembangkang. Jangan terlalu emosi dalam isu yang diri sendiri pun kurang paham kerana nampak kelemahan diri beliau sendiri.

Selaku bekas guru sepatutnya tahu bila berbicara harus mengunakan fakta bukan auta. Saya nasihatkan lebih baik beliaudapatkan maklumat terus daripada ada pihak pengurusan 1MDB , kerana maklumat berpandukan portal2 ini banyak permainan persepsi dan auta drpd fakta.

Saya doakan yang terbaek dalam isu penyelesaian 1MDB

Armand Azha Hj Abu Hanifah
Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

No comments: